Isnin, 21 Oktober 2013

MENCINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walauun sekeping hati seorang insan
tidakkah engkau sedar
hukum alam menyatakan
mencintai tidak bermakna memiliki

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati tidak pernah berdusta
pada empunya diri tentang perasaan
yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta kepadamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia mencintainya
sehingga terupa
hukum alam menyatakan
mencintai tidak bermakna memiliki
sesungguhnya.....
aku tidak pernah memilikimu
dan kau juga tidak pernah memiliki diriku

Mengertilah kita sebenarnya kepunyaan yang
Maha Esa
tiada sesiapa layak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hamba-Nya
Dia memiliki hamba-Nya....

                                                               THE END.....^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan